Sabtu, 17 April 2010

Ahlan Wa Sahlan

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah Tuhan yang hanya Dia sahaja yang layak kita beribadat kepadaNya dan salawat serta salam semoga sentiasa tercurah kepada Nabi kita Muhammad S.A.W. juga keluarganya dan para sahabatnya.

Saudara sekalian! Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana meluangkan masa bersama saya di serambi ini. Halaman ini khusus untuk saudara yang belum pandai membaca huruf arab dalam solat dan ingin jalan pintas menguasainya, maka di sini anda boleh mencubanya, disamping usaha yang gigih dan doa yang bersungguh-sungguh kepada Allah.

Dengan perasaan rendah hati dan kasih sayang, saya ingin memesan bahawa : Usah biarkan kekurangan di segi bacaan dalam ibadat solat terus memakan usia dan mengaibkan di bawah sorakan iblis.Ayoh! kita membaikinya penuh keyakinan, memasamkan muka-muka syaitan, sebab Allah sangat menyayangi sekalian hambaNya dan sentiasa membuka jalan setiap langkah yang kita menuju kearahNya.
Maka di sini saya ingin memperkenalkan cara belajar bacaan solat dari mula takbir hingga memberi salam dengan kaedah mengeja huruf-huruf arabnya, langkah demi langkah.

Saya doakan semoga Allah memberi anda faham dan cekal hati terus mempelajari apa yang akan dibentangkan.
Sebagai insan, kekurangan saya memang tak dapat dinafikan, oleh itu bagi yang lebih arif silalah membantu dengan teguran dan idea yang membina agar program pengajian ini lebih bermutu dan berkesan lagi dengan izin Allah. Terima kasih !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan